Madu – Ketahui 70 Khasiat dan Jenis Penyakit yang Dirawatnya

Madu tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita kerana sejak kecil lagi kita telah mengamalkan minum madu untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan untuk mencegah serta merawat pelbagai penyakit.

Madu adalah penawar semulajadi yang telah diamalkan sejak ribuan tahun oleh nenek moyang kita dan diamalkan sehingga ke hari ini kerana manfaatnya yang banyak dan khasiat yang tinggi untuk keperluan tubuh kita.

Kelebihan Madu Kelulut berbanding Madu Lebah Biasa

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini program tentang lebah kelulut sering ditayangkan di tv seperti berita tv, Majalah 3 dan juga program dokumentari di RTM.

Hasil penyelidikan di MARDI mendapati madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia kaya dengan antioksidan. Kandungan antioksidan dalam madu kelulut adalah 4 hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding madu biasa. Ini melayakkan madu kelulut untuk dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pada 18 September 2016, Perdana Menteri telah melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai superfood Malaysia yang pertama.

Madu Kelulut mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan manfaat yang lebih banyak berbanding madu lebah biasa. Ia sangat berguna untuk mencegah penyakit dan merawat penyakit berbahaya.

Madu lebah biasa yang dijual secara komersial di kedai dan pasaraya kebanyakannya telah hilang khasiatnya selepas melalui proses pemanasan dan pengilangan.

Madu kelulut rasanya masam-masam manis berbanding madu lebah biasa yang rasanya lebih manis. Madu kelulut diambil 1 atau 2 sudu sehari sebagai suplemen manakala madu lebah biasa, diambil dalam kuantiti yang banyak sebagai pemanis dalam minuman dan makanan.

Sari bunga (nektar) + enzim lebah kelulut = madu kelulut

Sifat madu yang mengagumkan ialah ia tiada tarikh luput. Ini kerana madu bersifat anti kuman, anti kulat dan anti oksida. Proses pengoksidaan yang berlaku pada sesuatu makanan menyebabkan ia menjadi basi dan berkulat tetapi ini tidak berlaku pada madu kerana ia bersifat anti oksida.

Menternak Lebah Kelulut

Sebelum saya senaraikan 70 khasiat madu kelulut, biar saya perkenalkan diri saya dulu. Nama saya Hafizan. Keluarga saya telah mengusahakan penternakan lebah kelulut hampir 3 tahun di kebun di Ipoh Perak.

Kami menjual madu kelulut di pasar tani dan kawasan sekitar. Ramai pelanggan setia membeli untuk faedah kesihatan dan merawat penyakit mereka. Ramai yang berpuashati dengan manfaat madu kelulut dan menjadi pelanggan tetap.

Kami juga menjual secara online melalui laman web ini, madu1.com. Madu Kelulut yang kami jual adalah 100% asli. Syarikat kami berdaftar dengan SSM dengan nama Kledang Sayong Kelulut Enterprise (IP0402403-P).

madu
saya berada di kebun ternak kelulut milik keluarg

Siapa yang memerlukan Madu Kelulut Zalfaa?

Madu Kelulut Zalfaa sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah orang berusia. Sama ada anda sihat atau sakit, ia mempunyai pelbagai manfaat untuk memenuhi keperluan kesihatan tubuh anda.

Sebelum ini tahap kesihatan saya kurang memuaskan kerana sering lesu dan penat ketika bekerja, kerap bersin, hidung tersumbat, selalu rasa nak demam, sembelit, kolesterol tinggi, sering mengantuk ketika bekerja dan beberapa masalah lain. Masalah ini menyebabkan prestasi kerja saya merosot dan saya selalu stress dengan keadaan saya.

Saya ada cuba mengamalkan kapsul herba untuk merawat masalah kesihatan saya namun penangan herba yang kuat tidak sesuai untuk badan saya. Buah pinggang saya rasa sakit dan panas.

Kesan sampingan kepada organ dalaman saya selepas mengambil beberapa biji kapsul herba membuatkan saya berhenti mengambilnya untuk mengelakkan masalah kepada organ saya.

Sejak ayah saya menternak lebah kelulut, saya minum madu kelulut setiap hari, masalah kesihatan yang saya alami dapat diatasi. Badan saya boleh menerimanya tanpa masalah kerana sifat madu kelulut merawat pelbagai penyakit secara lembut tapi berkesan.

Sejak mengamalkannya, sistem imun saya lebih kuat, rasa nak demam tu dah tiada. Saya lebih mudah buang air dan sudah tidak bersin sekerap dahulu. Saya rasa lebih cergas dan bersemangat ketika bekerja.

Sama ada anda mempunyai masalah kesihatan ringan atau serius, anda harus mengamalkan madu kelulut Zalfaa untuk merawat masalah kesihatan anda.

madu kelulut
Madu Kelulut Zalfaa 100% Asli

Harga Madu Kelulut Zalfaa

untuk berat 200 gram harga RM 50 termasuk poslaju.

untuk berat 300 gram harga RM 70 termasuk poslaju.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh sentuh butang kuning di skrin smartphone anda untuk SMS saya atau whatsapp saya Hafizan 019-595 1259

70 Khasiat Madu Kelulut Zalfaa

untuk anda yang sihat ia mampu untuk

1. memenuhi keperluan kesihatan tubuh anda – madu kelulut mengandungi karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, zat mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh sistem tubuh anda untuk berfungsi lebih baik

2. meningkatkan penyerapan khasiat ke sel-sel badan

3. mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun badan melawan penyakit

4. antibiotik semulajadi – melawan jangkitan kuman

5. memberi tenaga untuk keperluan aktiviti harian anda

6. mengekalkan stamina

7. awet muda, melambatkan penuaan dalaman dan luaran

8. wajah dan kulit anda lebih berseri, anjal, segar dan sihat

9. sebagai masker muka – mencegah jerawat dan menghaluskan kulit wajah

10. meningkatkan tenaga batin

11. meningkatkan selera seks

12. meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan, lebih mudah dapat anak

13. organ dalaman anda seperti jantung, hati dan buah pinggang berfungsi lebih baik

14. mengawal berat badan

15. melancarkan proses pencernaan dan penghadaman

16. mudah buang air besar

17. membersihkan usus

18. melancarkan pengaliran darah, menjadikan anda lebih cergas dan cerdas

19. tambah darah

20. membersihkan darah daripada toksin

21. meneutralkan radikal bebas

22. menyingkirkan racun dalam badan bagi perokok

23. haid lebih lancar

24. bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan kerana banyak khasiat diperlukan ketika perkembangan janin

25. menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru

26. memudahkan ketika bersalin

27. luka lepas bersalin cepat sembuh

28. meningkatkan pengeluaran susu badan

29. mengurangkan bersin akibat alahan

30. menguatkan daya ingatan

31. organ mata lebih sihat, penglihatan lebih baik

32. akar rambut lebih kuat, kurang rambut gugur

33. rambut lebih sihat dan bersinar

34. menghilangkan bau mulut

35. melancarkan pernafasan

36. tidur lebih nyenyak

37. mengelakkan tulang rapuh

38. bengkak cepat susut

39. pergerakan sendi otot lebih lancar

40. mengurangkan kesan sampingan akibat ubatan klinik

Antara penyakit yang dirawatnya ialah

41. bagi penyakit kencing manis / diabetes, madu kelulut mampu merendahkan kandungan gula dalam darah pada paras selamat

42. bagi pesakit darah tinggi, ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi ke paras selamat

43. bagi pesakit kolesterol tinggi, ia mampu mengurangkan kolesterol pada paras selamat

44. untuk luka cepat kering dan sembuh, sapukan mãdu kelulut pada tempat luka, sesuai untuk pesakit diabetes yang luka lambat sembuh

45. merawat masalah buah pinggang

46. menguatkan jantung

47. merawat masalah hati

48. merawat masalah usus / penghadaman

49. merawat strok

50. merawat gastrik

51. mencegah pertumbuhan sel-sel kanser

52. merawat kesan akibat kemoterapi

53. mencegah ketumbuhan

54. merawat masalah batu karang

55. merawat jangkitan pundi kencing

56. merawat batuk dan mencairkan kahak

57. merawat sakit kerongkong

58. merawat nafas mulut berbau

59. merawat masalah mulut

60. merawat demam selesema

61. merawat masalah lesu dan kepenatan melampau

62. merawat masalah sembelit

63. merawat radang sendi

64. merawat masalah haid tidak lancar

65. merawat masalah kesuburan

66. merawat asma dengan memudahkan pernafasan

67. merawat sakit perut dan cirit-birit

68. merawat masalah keguguran rambut dengan sapuan pada kulit kepala

69. merawat masalah jangkitan kulit dengan sapuan madu kelulut

70. mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat dengan masker mãdu kelulut

Kenapa saya perlu berubat dan beramal dengan madu?

Daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah S.A.W. bersabda

“Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah” (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Nahl (lebah) ayat 68 dan 69 tentang madu yang dikumpulkan oleh lebah itu mempunyai penawar dan ubat yang menyembuhkan manusia dengan izin Allah S.W.T.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia”.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir.”

Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang disebutkan oleh Ibn Abbas iaitu

“Ubat terbahagi tiga: minum madu lebah, berbekam dan membakar dengan api. Dan umatku dilarang membakar dengan api.”  (Riwayat Bukhari)

Ada juga disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Haakim, bahawa Rasulullah bersabda

“Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni mãdu dan Al-Quran.” (Riwayat Ibn Majah)

Mãdu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit memang terbukti secara saintifik. Sebab itulah kita digalak mengamalkan mãdu setiap hari sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tubuh.

Apakah cara pengambilan madu kelulut?

Madu Kelulut patut diminum setiap hari sama ada anda sihat atau sakit.

Untuk orang yang sihat memadai ambil 1 sudu pada awal pagi sebelum sarapan.

Untuk orang yang sakit, ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.

Mãdu kelulut boleh dicampur dalam suku cawan air dan minum.

Gunakan sudu plastik kerana sudu besi menjejaskan khasiat madu itu.

Antioksidan Ibarat SuperHero

Apa fungsi antioksidan untuk tubuh anda? Antioksidan boleh dianggap sebagai hero yang berperanan untuk menyelamatkan tubuh anda daripada ancaman radikal bebas dan toksin. Radikal bebas terhasil secara semulajadi dalam sistem badan anda.

Ia juga berpunca dari sumber luaran seperti asap rokok. Kewujudannya hanya akan merosakkan sel-sel tubuh anda dan seterusnya akan merosakkan tisu dan organ anda.

Proses penghasilan tenaga dalam sel-sel badan:

Glukosa + Oksigen = Tenaga dan Radikal Bebas

Jadi untuk menyingkirkan ancaman ini, anda perlukan antioksidan. Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan maka kita perlu ambil daripada sumber luaran. Madu kelulut diketahui mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu untuk menyingkirkan radikal bebas dan toksin keluar daripada tubuh anda.

Bilakah keluarga Hafizan mula terlibat dalam penternakan lebah kelulut?

Ayah saya telah mengusahakan penternakan lebah kelulut ini sejak 3 tahun lepas di kebun miliknya.

Ayah saya pada mulanya ada masalah injap jantung, jantungnya berdegup lebih laju berbanding normal walaupun tiada aktiviti berat dilakukan menyebabkan dia selalu penat keterlaluan dan banyak masanya terbaring di katil.

Dia telah melakukan pembedahan di IJN iaitu memasukkan bateri di dalam dadanya supaya degupan jantungnya normal tapi masalah sama masih ada, ayah saya selalu penat melampau dan aktiviti hariannya terbatas.

Selepas dicadangkan oleh kawan untuk berubat dengan madu kelulut, ayah saya mula mengamalkannya dan kesannya memang bagus.

Ayah saya mula merasai kesan positif selepas 3 hari mengamalkan madu kelulut, dia tidak lagi berasa penat melampau dan dapat melakukan aktiviti hariannya seperti sebelum dia sakit, Alhamdulillah.

Dari situ timbul minat untuk dia menternak lebah kelulut kerana yakin dengan khasiat dan manfaat mãdu kelulut untuk kesihatan kita.

Apakah perbezaan lebah kelulut dan lebah biasa?

Lebah kelulut tiada sengat (stingless) dan bersaiz lebih kecil berbanding lebah biasa. Dengan saiznya yang lebih kecil ini memudahkan kelulut untuk menyedut sari bunga (nektar) dari bunga yang lebih kecil saiznya dan ini bermaksud lebih banyak jenis bunga yang dapat diambil nektarnya oleh lebah kelulut.

Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut juga lebih berkhasiat dan diamalkan sebagai suplemen berbanding madu lebah biasa yang rasanya lebih manis dan diambil dalam kuantiti yang banyak dalam minuman dan makanan.

 madu
Lebah kelulut bersaiz lebih kecil berbanding lebah biasa dan tiada sengat

Madu Kelulut sebagai Superfood pertama Malaysia

Madu kelulut merupakan komoditi yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, ia akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan.

YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan untuk mencungkil lebih banyak khasiat mãdu kelulut supaya lebih diakui manfaatnya.

Definisi Superfood

Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Kandungan zat pemakanan dan mineral yang terdapat dalam madu lebah kelulut serta kelebihannya sangat banyak, mewajarkan ianya diangkat sebagai superfood. Ianya digunakan secara meluas oleh manusia sebagai makanan kesihatan, sumber tenaga dan penyembuh penyakit.

Kelebihan madu lebah kelulut telah terbukti dan secara amnya mãdu telah diiktiraf oleh Maha Pencipta sebagai makanan penyembuh penyakit sebagaimana tercatat dalam Al-Quran, surah an-Nahl; ayat 69. Berdasarkan kelebihan dan kandungan pemakanan yang ada dan pengiktirafan Allah swt, mcdu lebah kelulut memang layak dinobatkan sebagai Superfood Malaysia.

Dalam hal ini MARDI akan membangunkan produk superfood mãdu kelulut yang diproses melalui pelbagai peringkat R&D. Dalam senario semasa, produk superfood di pasaran mempunyai nilai dan harga yang tinggi berbanding sumber superfood segar seperti buah raspberry, ceri, teh hijau dan sebagainya.

Berdasarkan maklumat di bawah, mãdu kelulut sememangnya mempunyai pelbagai khasiat antioksidan yang tinggi berbanding mãdu-mãdu tempatan yang lain mahupun mãdu import.

Kandungan Pemakanan

Secara umumnya bahan utama dalam madu adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan-bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural.

Mãdu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding mãdu biasa.

Kandungan hydroxvmethylfurfural (HMF) dalam mãdu kelulut pula rendah (lebih kurang 1.0 mg/kg). Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam mãdu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding mãdu tempatan atau mãdu import.

Jadual 1.  Kandungan asid fenolik dalam mãdu kelulut

madu

madu

Gambarajah 1: Kandungan asid fenolik dalam madu kelulut; Asid benzoik (a), asid fenilpropanoik (b), asid 4-hidroksibenzoik (c), asid 4-hidroksifenil asetik (d), asid vanilic (e), asid protokatechuik (f) dan asid p-koumarik

Di antara asid fenolik yang dijumpai dalam mãdu kelulut adalah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilic, asid protokatechuik dan asid p-koumarik.

Bahan ini mempunyai pelbagai kegunaan di antaranya adalah asid p-koumarik contohnya, mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik.

Asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen). Asid fenilpropionik – sejenis bahan utama mãdu kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan ini juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam plasma dan hati dan juga trigliserida dalam darah.

Untuk pertanyaan atau tempahan madu kelulut boleh SMS saya dengan sentuh butang kuning di skrin telefon anda atau whatsapp saya, Hafizan 019-595 1259

 

Pengenalan Madu Lebah Asli

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.

Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.

Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[2] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[3] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[4]

Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[5], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.

Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[6] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[7][8]

Khasiat

Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.[9] Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.[10] Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.[11] Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.[12] Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.[13][14][15] Di dalam Al Quran telah tertulis madu boleh menyembuh pelbagai penyakit[5].

Sumber Wikipedia