Madu – Ketahui 60 Khasiat dan Cara Madu Merawat Pelbagai Penyakit

Madu diketahui merupakan agen yang merawat pelbagai penyakit secara semulajadi kerana ciri-ciri anti bakteria, anti kulat dan antioksidan yang terkandung di dalamnya.

Tamadun purba sejak zaman Yunani, Rom dan Mesir telah mendokumenkan sifat penyembuhan madu seperti yang dicatat oleh Aristotle pada tahun 384 SM. Ini menunjukkan madu telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu kerana sifat penyembuhan yang terkandung di dalamnya.

 

Kelebihan Madu Kelulut berbanding Madu Lebah Biasa

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini program tentang lebah kelulut sering ditayangkan di tv seperti berita tv, Majalah 3 dan juga program dokumentari di RTM.

Hasil penyelidikan di MARDI mendapati madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia kaya dengan antioksidan. Kandungan antioksidan dalam madu kelulut adalah 4 hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding madu biasa. Ini melayakkan madu kelulut untuk dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pada 18 September 2016, Perdana Menteri telah melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya mãdu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai superfood Malaysia yang pertama.

Khasiat – Madu Kelulut mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan manfaat yang lebih banyak berbanding madu lebah biasa. Ia sangat berguna untuk mencegah penyakit dan merawat penyakit berbahaya.

Madu lebah biasa yang dijual secara komersial di kedai dan pasaraya kebanyakannya telah hilang khasiatnya selepas melalui proses pemanasan dan pengilangan.

Rasa – Madu kelulut rasanya masam-masam manis berbanding madu lebah biasa yang rasanya lebih manis. Madu kelulut diambil 1 atau 2 sudu sehari sebagai suplemen manakala mãdu lebah biasa, diambil dalam kuantiti yang banyak sebagai pemanis dalam minuman dan makanan.

Sari bunga (nektar) + enzim lebah kelulut = madu kelulut

Sifat madu yang mengagumkan ialah ia tiada tarikh luput. Ini kerana madu bersifat anti bakteria, anti kulat dan anti oksida. Proses pengoksidaan yang berlaku pada sesuatu makanan menyebabkan ia menjadi basi dan berkulat tetapi ini tidak berlaku pada mãdu kerana ia bersifat anti oksida.

Menternak Lebah Kelulut

Sebelum saya terangkan pelbagai khasiat madu kelulut, biar saya perkenalkan diri saya dulu. Nama saya Hafizan. Keluarga saya telah mengusahakan penternakan lebah kelulut hampir 3 tahun di kebun di Ipoh Perak.

Kami menjual madu kelulut di pasar tani dan kawasan sekitar. Ramai pelanggan setia membeli untuk faedah kesihatan dan merawat penyakit mereka. Ramai yang berpuashati dengan manfaat madu kelulut dan menjadi pelanggan tetap.

Kami juga menjual secara online melalui laman web ini, madu1.com. Madu Kelulut yang kami jual adalah 100% asli. Syarikat kami berdaftar dengan SSM dengan nama Kledang Sayong Kelulut Enterprise (IP0402403-P).

madu
saya berada di kebun ternak kelulut milik keluarg

Siapa yang memerlukan Madu Kelulut?

Madu Kelulut sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah orang berusia. Sama ada anda sihat atau sakit, ia mempunyai pelbagai manfaat untuk memenuhi keperluan kesihatan tubuh anda.

Sebelum ini tahap kesihatan saya kurang memuaskan kerana sering lesu dan penat ketika bekerja, kerap bersin, hidung tersumbat, selalu rasa nak demam, sembelit, kolesterol tinggi, sering mengantuk ketika bekerja dan beberapa masalah lain. Masalah ini menyebabkan prestasi kerja saya merosot dan saya selalu stress dengan keadaan saya.

Saya ada cuba mengamalkan kapsul herba untuk merawat masalah kesihatan saya namun penangan herba yang kuat tidak sesuai untuk badan saya. Buah pinggang saya rasa sakit dan panas.

Kesan sampingan kepada organ dalaman saya selepas mengambil beberapa biji kapsul herba membuatkan saya berhenti mengambilnya untuk mengelakkan masalah kepada organ saya.

Sejak ayah saya menternak lebah kelulut, saya minum madu kelulut setiap hari, masalah kesihatan yang saya alami dahulu dapat diatasi. Badan saya boleh menerimanya tanpa masalah kerana sifat madu kelulut merawat pelbagai penyakit secara lembut tapi berkesan.

Sejak mengamalkannya, sistem imun saya lebih kuat, rasa nak demam tu dah tiada. Saya lebih mudah buang air dan sudah tidak bersin sekerap dahulu. Saya rasa lebih cergas dan bersemangat ketika bekerja.

Sama ada anda mempunyai masalah kesihatan ringan atau serius, anda harus mengamalkan madu kelulut Zalfaa untuk merawat masalah kesihatan anda.

madu kelulut
Madu Kelulut Zalfaa 100% Asli

Harga Madu Kelulut Zalfaa

untuk berat 200 gram harga RM 50 termasuk poslaju.

untuk berat 300 gram harga RM 70 termasuk poslaju.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh sentuh butang kuning di skrin telefon anda untuk SMS saya atau whatsapp saya Hafizan 019-595 1259

 

Antara penyakit-penyakit yang dapat dirawat dengan mengamalkan madu kelulut ialah

1. Merawat Alahan

Oleh kerana ciri-ciri anti-radang di dalam madu kelulut, ia membantu mengurangkan gejala alergi dengan bertindak sebagai vaksin semula jadi.

Jika anda alami tanda-tanda alahan seperti hidung berair dan gatal pada mata, maka madu kelulut adalah pilihan yang baik untuk merawatnya.

Apabila badan anda merasai kehadiran debunga lebah, ia memberi isyarat kepada badan anda supaya membina satu pertahanan terhadap punca alahan itu iaitu debunga.

Badan anda akan menghasilkan antibodi terhadap debunga itu, secara tak langsung ia menguatkan sistem imun anda untuk menyerang kuman yang menjadi punca anda selesema.

Oleh itu penting untuk mengambil madu asli yang belum diproses kerana masih mengandungi debunga di dalamnya.

Dengan mengambil sesudu madu setiap hari, badan anda akan menguatkan antibodi terhadap alahan.

 

2. Meningkatkan Tenaga

Jika anda selalu penat dan kurang bermaya ketika bekerja dan selepas melakukan aktiviti fizikal, maka madu kelulut pilihan bijak untuk mengatasi masalah anda.

Madu kelulut membekalkan sumber kalori untuk keperluan tubuh anda ketika badan anda memerlukannya. Kandungan glukosa dan fruktosa cepat diserap ke dalam tubuh anda memberikan anda tenaga segera untuk melaksanakan aktiviti harian anda.

Ketika waktu pagi sebelum sarapan, anda boleh campurkan sesudu mãdu kelulut dengan air masak suku cawan. Ini dapat memberikan anda tenaga secukupnya untuk memulakan hari anda dan berterusan sepanjang hari.

 

3. Menguatkan Ingatan

Daya ingatan kita akan berkurangan mengikut usia. Jadi pengambilan madu kelulut sangat digalakkan kerana mampu untuk mengekalkan daya ingatan yang baik biar pun usia meningkat naik.

Antioksidan adalah bahan yang hebat. Antioksidan yang menjadi makanan kepada sel-sel otak mampu untuk meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan anda.

Banyak antioksidan yang terkandung dalam mãdu kelulut, yang mampu untuk menjadikan otak anda lebih cerdas jika diamalkannya. Ini dapat mengatasi kelesuan otak dan pemikiran anda lebih jelas.

Kajian menunjukkan mãdu mungkin membantu ingatan wanita menopaus untuk kekal jelas dengan hanya mengambil 1 sudu madu setiap hari. Ia boleh diamalkan dengan mencampurkan satu sudu madu ke dalam teh anda.

Madu juga membantu otak untuk menyerap kalsium, yang mana membantu menguatkan ingatan.

Menjaga kesihatan otak anda dengan mengamalkan makanan berkhasiat mampu mengurangkan risiko nyanyuk dan penyakit berkaitan otak seperti strok dan penyakit mental.

 

4. Merawat Batuk

Batuk berpunca dari persekitaran udara kotor dan juga jangkitan kuman. Bila seorang ahli keluarga batuk, yang lain pun biasanya akan berjangkit batuk juga.

Kalau batuk beberapa hari kemudian sembuh itu normal namun jika berterusan mungkin anda mengidap batuk kering. Batuk kering dan batuk berkahak disebabkan oleh jangkitan kuman.

Batuk berpanjangan menyebabkan tekak anda sakit dan perit. Bila telan air liur pun rasa sakit pada kerongkong. Dada juga turut sesak setiap kali lepas batuk.

Untuk mengatasi masalah ini, madu kelulut adalah pilihan yang tepat untuk melegakan batuk dan merawat sakit kerongkong.

Kuman yang menjadi punca anda batuk dapat dihapuskan kerana mãdu bersifat anti bakteria serta dapat mencairkan kahak anda.

Mãdu juga dapat melegakan kegatalan dan keradangan dengan bertindak sebagai lapisan pelindung pada kerongkong anda.

Untuk hasil yang lebih cepat dan berkesan, anda harus mengambil madu kelulut kerana khasiatnya lebih tinggi berbanding mãdu lebah biasa.

Boleh campur madu kelulut dengan air suam dan minum dua kali sehari pagi dan malam.

 

5. Membantu untuk Tidur

Adakah anda mengalami kesukaran untuk tidur? Atau anda hanya tidur-tidur ayam walaupun sudah lama cuba untuk tidur?

Jika ya, maka anda tergolong dalam sebilangan besar masyarakat mengalami masalah tidur atau kesukaran untuk tidur lena. Jika berterusan boleh mengakibatkan kelesuan dan gangguan emosi.

Madu kelulut adalah pilihan yang baik untuk membantu anda tidur. Dengan mengambil mãdu, badan anda akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu badan anda untuk berehat dan mudah untuk tidur.

Bila anda dapat tidur yang mencukupi, kesihatan anda lebih terjaga dan emosi anda lebih tenang.

 

6. Menghilangkan Kelemumur

Anda ada masalah gatal kulit kepala dan kelemumur?

Bagi orang yang mempunyai rambut tebal dan ketika cuaca panas, keadaan ini membuatkan masalah kegatalan lebih serius.

Kegatalan itu membuatkan anda kerap menggaru kulit kepala sehingga luka.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh sapukan campuran madu kelulut dan sedikit air pada kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa jam. Amalkan setiap hari untuk kesan yang memuaskan.

Sapuan mãdu juga dapat menguatkan akar rambut anda, sesuai untuk anda yang ada masalah rambut gugur.

Mãdu yang disapu juga dapat menggalakkan pertumbuhan rambut bagi orang yang mempunyai masalah kebotakan.

Malah rambut anda juga lebih sihat dan cantik bersinar jika disapu pada keseluruhan rambut sebagai pelembap.

 

7. Merawat Calar, Luka dan Melecur

Luka anda berisiko untuk menjadi lebih buruk jika tidak dirawat segera.

Ketika luka, kuman lebih mudah untuk menjangkiti bahagian kulit yang terbuka.

Anda harus mencuci dahulu luka dengan air bersih untuk menyingkirkan kotoran dan kuman.

Kemudian anda boleh sapukan madu kelulut pada bahagian luka untuk mencegah pembiakan kuman kerana mãdu bersifat anti kuman.

Mãdu telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat luka dan menenangkan kesakitan akibat luka.

Mãdu adalah antibiotik semulajadi untuk menyembuhkan luka anda.

Ia juga mampu untuk membaiki tisu-tisu rosak dengan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Mãdu juga boleh digunakan untuk merawat penyakit herpes (jangkitan kuman pada alat kelamin).

Untuk luka yang cepat sembuh, anda digalakkan untuk menyapu madu kelulut kerana ia mempunyai kandungan khasiat yang lebih tinggi berbanding mãdu lebah biasa.

 

8. Digunakan Sebagai Pelembap

Jika anda sukakan bahan semulajadi untuk merawat dan mencantikkan diri anda, maka madu kelulut adalah pilihan yang bijak.

Mãdu adalah bahan hebat yang membantu mengekalkan kelembapan pada tangan, kaki, rambut dan seluruh badan.

Mãdu bukan sahaja dapat melembapkan kulit dan rambut anda malah menyihatkan kulit anda kerana kandungan khasiat seperti vitamin yang tinggi dalam mãdu.

Anda boleh campurkan madu ke dalam syampu, krim mandian, pencuci muka dan krim pelembap untuk memudahkan anda mengamalkannya setiap hari.

 

9. Melegakan Pedih Perut dan Hati

Jika perut anda rasa tak selesa seperti pedih selepas makan makanan pedas maka anda boleh minum air masak dicampur madu kelulut untuk melegakan kepedihan yang dialami. Madu juga sesuai untuk merawat gastrik.

Mãdu kelulut dapat membaikpulih tisu-tisu yang terjejas dalam perut. Pesakit gastrik yang mengamalkan madu kelulut setiap hari akan merasakan keadaan mereka lebih baik.

Mengamalkan mãdu kelulut juga dapat mencegah penyakit ulser perut. Membiarkan penyakit gastrik tanpa rawatan boleh membawa kepada penyakit ulser dan seterusnya kanser.

Madu juga dapat melancarkan proses pencernaan dan penghadaman. Jika anda ada masalah sembelit memang elok amalkan mãdu.

 

10. Meningkatkan Sistem Imun

Sistem imun adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik dengan mencegah penyakit yang berpunca dari jangkitan kuman.

Jika sistem imun anda lemah, anda lebih terdedah kepada penyakit kerana sistem pertahanan tubuh yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman telah merosot.

Jika anda merasakan tubuh anda kurang bermaya dan mengalami demam yang kerap dan berpanjangan, ini menandakan sistem imun anda bermasalah.

Biasanya bila demam kita akan ambil ubat demam daripada klinik untuk merawat demam kita tapi punca demam tidak dirawat menyebabkan demam itu akan serang lagi kemudian hari.

Cara mudah untuk mengatasi masalah ini ialah mengamalkan madu kelulut kerana ciri-ciri anti bakteria dan anti oksidan yang terkandung didalamnya.

Mengamalkan mãdu kelulut akan meningkatkan sistem imun anda secara semulajadi. Ia turut menghapuskan kuman dalam badan anda yang menjadi punca penyakit .

 

11. Mencegah dan Merawat Kanser dan Tumor

Madu kelulut adalah bahan yang mampu untuk mencegah dan merawat kanser kerana ciri anti bakteria dan antioksidan yang tinggi. Ia juga mengandungi ciri menentang karsinogen dan merencat pertumbuhan tumor.

Madu mengandungi sebatian flavonoid dan fenolik yang memberikannya sifat anti metastatik iaitu ciri yang mengelakkan kanser yang berada pada satu bahagian itu merebak ke bahagian lain.

Kandungan sebatian fenolik dalam madu diketahui membantu dalam penyembuhan sel-sel tubuh. Ini penting untuk membaikpulih sel-sel yang rosak akibat serangan kanser dan kesan kemoterapi.

 

12. Mencegah dan Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat

Wajah kita adalah penampilan kita. Jika wajah ada beberapa jerawat yang timbul, ia boleh menjejaskan keyakinan kita ketika bersemuka dengan orang lain.

Untuk menghilangkan jerawat, anda harus menyingkirkan punca jerawat dahulu. Punca jerawat yang umum ialah pembiakan kuman akibat tidak menjaga kebersihan muka.

Cara mudah untuk menghilangkan jerawat serta parutnya ialah dengan sapukan madu kelulut pada muka anda seperti masker dan biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Amalkan setiap hari sehingga jerawat dan parutnya hilang. Sifat anti bakteria dalam mãdu penting untuk menghapuskan pembiakan kuman pada wajah anda. Ia juga dapat mencegah pertumbuhan jerawat.

Jika anda menggunakan lemon atau kulit kayu manis pada wajah anda untuk menghilangkan jerawat tapi tak tahan dengan pedihnya maka anda boleh gantikannya dengan mãdu. Madu sesuai untuk kulit wajah sensitif.

Khasiat mãdu juga dapat meresap ke dalam kulit wajah anda menjadikan wajah anda lebih sihat, halus dan awet muda. Walaupun tiada jerawat, elok amalkan masker mãdu untuk penjagaan dan kecantikan kulit muka.

Selain madu pada wajah, anda juga harus amalkan mãdu dalam diet anda untuk membersihkan kotoran dalam sistem badan anda. Darah yang kotor juga punca kepada pertumbuhan jerawat.

 

13. Meningkatkan Selera Seks

Hubungan seks yang dingin membuatkan anda rasa stress dan menjejaskan hubungan dengan pasangan anda. Banyak kes perceraian berlaku kerana masalah ini.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, adakalanya keinginan seks itu menurun walaupun anda mendapat rangsangan daripada pasangan anda. Antara sebabnya ialah badan kurang menghasilkan hormon berkaitan seks.

Untuk meningkatkan keinginan seksual anda dan pasangan, anda berdua harus mengamalkan madu kelulut untuk menyalurkan lebih khasiat kepada organ seks anda. Ini dapat meningkatkan pengeluaran hormon testosteron bagi lelaki dan estrogen bagi wanita.

Kehadiran hormon testosteron dan estrogen dalam darah dapat meningkatkan keinginan seksual apabila dirangsang pasangan anda membuatkan anda lebih berahi untuk melakukan hubungan seks.

Mengamalkan madu kelulut juga dapat meningkatkan kesuburan anda. Bagi lelaki yang ada masalah kurang sperma manakala bagi wanita pula yang sukar untuk hamil, maka anda harus mengambil mãdu kelulut setiap hari pagi dan malam untuk atasi masalah anda.

 

14. Merawat Alahan Resdung (Sinus)

Hampir semua orang ada masalah berkaitan saluran hidung dan alahan. Tanda-tanda resdung dan alahan seperti hidung tersumbat, gatal pada hidung dan mata, kerap bersin dan hidung berair akan mengganggu aktiviti harian anda.

Biasanya pesakit akan merawat resdung dan alahan menggunakan ubatan klinik. Ada juga mengambil ubatan herba. Namun ubatan herba ini ada yang rasa tak sesuai dengan badannya kerana penangannya agak kuat serta ada kesan sampingan.

Madu kelulut adalah pilihan yang sesuai untuk merawat alahan kerana sifatnya yang teraputik, merawat secara lembut tapi berkesan. Sifat anti bakteria dalam mãdu mampu untuk mencegah pembiakan kuman seterusnya dapat mengurangkan masalah berkaitan hidung seperti kerap bersin dan hidung tersumbat.

 

15. Merawat Jangkitan Kulat (Yis)

Jangkitan kulat (yis) pada faraj agak biasa berlaku bagi wanita. Antara sebab jangkitan itu berlaku ialah haid, pengambilan antibiotik, alahan sabun, mengabaikan kebersihan dan banyak lagi.

Bila keseimbangan asid (pH) dalam faraj berubah, ia memberi peluang kepada kuman untuk membiak.

Tanda-tanda jangkitan ialah kegatalan dan cairan putih berbau yang keluar daripada faraj.

Flavonoid dalam madu kelulut dapat mencegah jangkitan kulat dengan menghapuskan pembiakan kuman. Gunakan mãdu kelulut kerana kekuatan anti bakteria yang lebih tinggi berbanding mãdu lebah biasa.

Caranya dengan menyapu madu kelulut pada luaran dan sebahagiannya ke dalam faraj. Biarkan sapuan tadi selama 10 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

 

16. Madu Merawat Penyakit Gusi

Dengan kekuatan sifat anti bakteria dalam madu kelulut, ia memang sesuai untuk merawat penyakit dalam mulut anda seperti jangkitan pada gusi dan lidah.

Penyelidik mendapati di dalam mãdu mengandungi enzim yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hidrogen peroksida. Peroksida menjadikan mãdu bersifat anti bakteria, dengan menghalang pembiakan kuman dan menjadikan mulut anda kurang berasid.

Untuk merawat gusi dan mulut, anda boleh kumur dengan campuran madu kelulut dan air. Anda juga boleh sapukan campuran tadi pada jangkitan di gusi, lidah dan bibir anda.

 

17. Merawat Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit. Tanda-tanda ekzema ialah radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik pada kulit.

Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan, malah kita juga rasa malu jika orang lain nampak bahagian kulit bermasalah ini.

Punca utama ekzema ialah alahan pada sesuatu yang bersentuhan dengan kulit seperti sabun, produk kosmetik, makanan, pakaian, barang kemas dan beberapa lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, anda harus berhenti menggunakan barangan yang menjadi punca alahan kulit anda.

Untuk merawat ekzema pula, anda boleh sapukan madu kelulut ke bahagian kulit bermasalah. Ciri anti bakteria dalam mãdu kelulut penting untuk menghalang pembiakan kuman.

Pada masa yang sama, mãdu kelulut cepatkan penyembuhan luka pada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

 

18. Mengurangkan Kolesterol Tinggi

Kolesterol yang tinggi dalam darah jika dibiarkan akan berkumpul dan mendap pada dinding saluran arteri sehingga membentuk plak.

Plak yang semakin menebal akan menyempitkan saluran dan mengganggu pengaliran darah. Ini boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

Untuk menurunkan kolesterol tinggi ke paras selamat, anda boleh amalkan madu kelulut setiap hari kerana kandungan khasiat dan antioksidan yang tinggi.

Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi seperti telur, santan, produk tenusu dan daging. Amalkan diet sayuran, buahan, gandum penuh dan air kosong.

 

Antara khasiat lain dengan mengamalkan madu kelulut ialah

21. memenuhi keperluan kesihatan tubuh anda – madu kelulut mengandungi karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, zat mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh sistem tubuh anda untuk berfungsi lebih baik

22. meningkatkan penyerapan khasiat ke sel-sel badan

23. mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun badan melawan penyakit

24. antibiotik semulajadi – melawan jangkitan kuman

25. memberi tenaga untuk keperluan aktiviti harian anda

26. mengekalkan stamina

27. awet muda, melambatkan penuaan dalaman dan luaran

28. wajah dan kulit anda lebih berseri, anjal, segar dan sihat

29. sebagai masker muka – mencegah jerawat dan menghaluskan kulit wajah

30. meningkatkan tenaga batin

31. meningkatkan selera seks

32. meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan, lebih mudah dapat anak

33. organ dalaman anda seperti jantung, hati dan buah pinggang berfungsi lebih baik

34. mengawal berat badan

35. melancarkan proses pencernaan dan penghadaman

36. mudah buang air besar

37. membersihkan usus

38. melancarkan pengaliran darah, menjadikan anda lebih cergas dan cerdas

39. tambah darah

40. membersihkan darah daripada toksin

41. meneutralkan radikal bebas

42. menyingkirkan racun dalam badan bagi perokok

43. haid lebih lancar

44. bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan kerana banyak khasiat diperlukan ketika perkembangan janin

45. menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru

46. memudahkan ketika bersalin

47. luka lepas bersalin cepat sembuh

48. meningkatkan pengeluaran susu badan

49. mengurangkan bersin akibat alahan

50. menguatkan daya ingatan

51. organ mata lebih sihat, penglihatan lebih baik

52. akar rambut lebih kuat, kurang rambut gugur

53. rambut lebih sihat dan bersinar

54. menghilangkan bau mulut

55. melancarkan pernafasan

56. tidur lebih nyenyak

57. mengelakkan tulang rapuh

58. bengkak cepat susut

59. pergerakan sendi otot lebih lancar

60. mengurangkan kesan sampingan akibat ubatan klinik

 

Madu adalah Pemanis Semulajadi

Madu lebah kini boleh didapati dengan mudah di pasaraya tapi apa yang dirisaukan ialah kebanyakan mãdu lebah yang dijual ini telah hilang banyak khasiat dan sifat anti bakterianya.

Ini kerana mãdu lebah yang dibotolkan itu telah melalui proses pengilangan tertentu dan dipanaskan sehingga menguraikan kandungan khasiat didalamnya.

Madu kelulut yang saya jual pula tidak melalui proses pengilangan dan pemanasan untuk mengekalkan pelbagai zat dan vitamin yang terkandung didalamnya.

Untuk pertanyaan atau tempahan madu kelulut boleh SMS saya dengan sentuh butang kuning di skrin telefon anda atau whatsapp saya, Hafizan 019-595 1259